Skip to main content

Posts

Warung Pak Mat Pulau Pisang

Kalau datang Kota Bharu tak sah kalau tak singgah ke warung ni. Apa yang menarik di sini sampai orang tak boleh nak lupa ialah teh tarik madu... meleleh;;. Sup Siakap Kredit: anakcikgunawi blogspot atas view cantik ini. Waktu Operasi: Rabu - Isnin 7.30 pg - 4.30 ptg Selasa TUTUP Apa lagi yang menarik di sini silalah tengok sendiri rangkuman yang dibuat oleh pihak Warung Hunter  mengenai keistimewaan Warung Pak Mat Pulau Pisang ini. Selamat menonton Jangan risau tentang penginapan....datang ramai duduk  PCB Homestay   Klik ikon Whatsapp untuk tempahan @ pertanyaan :-
Recent posts

Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu

Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun iainya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.

Keindahan Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kota Bharu

Hayati keindahan panorama perairan Pantai Cahaya Bulan dari atas menggunakan DJI Mavic Pro. Video ini dihasilkan oleh saudara AD2RIN dan di upload melalui laman youtube. Saksikan keindahannya.

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Sebut sahaja pasar malam Wakaf Che Yeh, pasti terbayang pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini. Sebenarnya, apa yang menarik dan apa yang ada di pasar ini? Kawasan Wakaf  Che Yeh ini adalah pasar borong pada sebelah siang yang menjual barangan basah dan barangan asas, manakala pada waktu malam adalah berkonsep pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebagai simbol pelancongan, pihak Kerajaan Negeri telah melakukan banyak pembangunan prasarana di kawasan pasar ini seperti penambahbaikan kawasan pasar, pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan dan kedai-kedai makan. Malah Restoran McDonald dan stesen minyak Shell yang berdekatan juga turut diwujudkan. Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa. Ya, pasar malam yang boleh dikatakan sangat meria

PCB Homestay di Pantai Cahaya Bulan

PCB Homestay menawarkan penginapan yang selesa dan selamat untuk seisi keluarga. Kemudahan bilik :-  - 3 bilik tidur & 2 bilik air - 3 aircond-Aircond di semua bilik tidur. - 3 katil queen, 2 katil single, 1 katil sofa & 3 tilam single (spare). -  Toto - Tikar Kelengkapan unit :-  - Set dapur lengkap (boleh memasak) - Peti ais - Periuk nasi elektrik - Water heater - TV - Astro Njoi - Sofa - Mesin basuh automatik Lokasi :-  - Jln Taman Buaya, PCB Kota Bharu - 3 minit ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) - Berhampiran Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa - 15 minit ke pusat bandar Kota Bharu - 15 minit ke Maktab Perguruan Kota Bharu - 10 minit ke UMK - 10 minit ke pusat beli belah Pantai Timur Shopping Centre, Peng. Chepa - 20 minit ke Wakaf Che Yeh Klik ikon Whatsapp untuk tempahan @ pertanyaan :-                                               Galeri