Skip to main content

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Sebut sahaja pasar malam Wakaf Che Yeh, pasti terbayang pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini. Sebenarnya, apa yang menarik dan apa yang ada di pasar ini? Kawasan Wakaf  Che Yeh ini adalah pasar borong pada sebelah siang yang menjual barangan basah dan barangan asas, manakala pada waktu malam adalah berkonsep pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebagai simbol pelancongan, pihak Kerajaan Negeri telah melakukan banyak pembangunan prasarana di kawasan pasar ini seperti penambahbaikan kawasan pasar, pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan dan kedai-kedai makan. Malah Restoran McDonald dan stesen minyak Shell yang
berdekatan juga turut diwujudkan.


Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa. Ya, pasar malam yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu ramai yang datang ke sini dan ia dibuka sehingga lewat malam. Pada hujung minggu pasar ini dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Pada waktu inilah, ramai penduduk tempatan yang sanggup menunggu harga runtuh yang ditawarkan peniaga yang hendak menghabiskan stok barangan menjelang pagi raya.

Pelbagai jenis barangan yang boleh diperolehi disini seperti pelbagai jenis baju dan pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah, kereta, perfume, kasut bundle,  cd, dvd, jam tangan, beg tangan, tuala, toto dan pelbagai lagi. Dan semua barangan yang dijual pula adalah kebanyakan barang tiruan ataupun replika seperti jam tangan, wangian, dan lain-lain. Jangan tertipu dengan pelbagai jenama yang ada kerana ia hanyalah replika. Walaubagaimanapun, anda boleh belikan jam tangan replika berjenama ‘Casio’ dengan harga RM10-RM20 sahaja kepada anak anda.


Waktu puncak atau pengunjung yang ramai adalah pada waktu malam hujung minggu dan cuti sekolah. Paling sesak teruk adalah pada malam Hari Raya Puasa. Jika masuk melalui pintu gerbang dengan kenderaan, pihak Sensatimur akan mengenakan bayaran RM2 untuk setiap kali masuk. Pada waktu malam, anda dinasihatkan tidak masuk melalui pintu gerbang untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking diluar jika jem teruk, ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai steering lockkerana banyak juga kes kecurian kenderaan di sini.







Memandangkan pelbagai barangan dijual disini, pastikan anda senaraikan barang yang ingin dibeli, membuat perbandingan harga dan fikir masak-masak sebelum membeli sesuatu barang. Jika tidak, silap-silap satu malam sahaja boleh habis beratus-ratus ringgit untuk barangan yang bukan keperluan dan tidak penting.

Jangan risau tentang penginapan....datang ramai duduk PCB Homestay

 Klik ikon Whatsapp untuk tempahan @ pertanyaan :-




Comments

Popular posts from this blog

PCB Homestay di Pantai Cahaya Bulan

PCB Homestay menawarkan penginapan yang selesa dan selamat untuk seisi keluarga.

Kemudahan bilik :- 

- 3 bilik tidur & 2 bilik air
- 3 aircond-Aircond di semua bilik tidur.
- 3 katil queen, 2 katil single, 1 katil sofa & 3 tilam single (spare).
-  Toto
- Tikar

Kelengkapan unit :- 

- Set dapur lengkap (boleh memasak)
- Peti ais
- Periuk nasi elektrik
- Water heater
- TV
- Astro Njoi
- Sofa
- Mesin basuh automatik

Lokasi :- 

- Jln Taman Buaya, PCB Kota Bharu
- 3 minit ke Pantai Cahaya Bulan (PCB)
- Berhampiran Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa
- 15 minit ke pusat bandar Kota Bharu
- 15 minit ke Maktab Perguruan Kota Bharu
- 10 minit ke UMK
- 10 minit ke pusat beli belah Pantai Timur Shopping Centre, Peng. Chepa
- 20 minit ke Wakaf Che Yeh

Klik ikon Whatsapp untuk tempahan @ pertanyaan :-


     Galeri














Warung Pak Mat Pulau Pisang

Kalau datang Kota Bharu tak sah kalau tak singgah ke warung ni. Apa yang menarik di sini sampai orang tak boleh nak lupa ialah teh tarik madu... meleleh;;.



Jangan risau tentang penginapan....datang ramai duduk PCB HomestayKlik ikon Whatsapp untuk tempahan @ pertanyaan :-